• Home
  • HEBAHAN
  • PERKHIDMATAN PERUNDINGAN & KAUNSELING WARGA STAF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN & KAUNSELING WARGA STAF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato' Seri/ Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sains Malaysia melalui Jabatan Pendaftar, Kampus Induk & Kampus Kesihatan berbesar hati menawarkan Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling kepada seluruh warga Staf USM. Perkhidmatan Perundingan dan Kaunseling ini merupakan inisiatif Universiti dalam membantu warga Staf USM mengurus isu-isu kesejahteraan psikologi, emosi, tekanan kerja, hubungan interpersonal, keseimbangan kerja dan kehidupan serta pelbagai cabaran lain.

Sokongan ini disediakan bagi memupuk persekitaran kerja yang sihat, harmoni dan produktif. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Kaunselor Berdaftar yang bertauliah daripada Lembaga Kaunselor Malaysia dengan mematuhi etika profesional kaunseling dan garis panduan yang disediakan.

Semua warga Staf USM dijemput untuk mendapatkan perkhidmatan ini secara PERCUMA melalui laman Campus Online USM pada pautan myCounselling. Permohonan temu janji sesi Kaunseling adalah tertakluk kepada kesesuaian & penetapan masa melalui persetujuan bersama (Kaunselor & Staf).

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi semua Kaunselor seperti maklumat yang tertera pada poster.

"Kerana Anda Berhak Didengari dan Difahami."

Terima kasih.

Sekian.

Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Wednesday 14 May 2025.

PENGUNJUNG

Flag Counter