Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Saringan SEJIWA Voice USM 2025 seperti ketetapan berikut :-
 Tarikh   : 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa     : 10:00 Pagi - 5:00 Petang
Tempat  : Dewan Tuanku Syed Putra, USM Kampus Induk 
Sehubungan itu, Bahagian ini berbesar hati menjemput warga USM bersama-sama memeriahkan pertandingan SEJiwa Voice Peringkat Saringan ini. Jom beramai-ramai datang dan menyokong para peserta kita. 
Kehadiran dan sokongan YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 
 
Sekian.