• Home
  • HEBAHAN
  • HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 42 TAHUN 2025 : IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF PENTADBIRAN TAHUN 2025 - KUMPULAN PELAKSANA (TAMBAHAN SENARAI JAWATAN)

HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 42 TAHUN 2025:
IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF PENTADBIRAN TAHUN 2025
  -  KUMPULAN PELAKSANA
     •  TAMBAHAN SENARAI JAWATAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan Hebahan Pendaftar Bil. 41 Tahun 2025 pada 18 September 2025 berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kenaikan pangkat staf Kumpulan Pelaksana bagi tambahan senarai jawatan dibuka mulai 23 September 2025 (Selasa) hingga 8 Oktober 2025 (Rabu).

Hebahan Iklan dan tambahan senarai jawatan yang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM KENAIKAN PANGKAT

Syarat-syarat umum untuk proses kenaikan pangkat di USM adalah seperti berikut;

  1. Disahkan dalam perkhidmatan.
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan: markah purata Laporan Penilaian Prestasi (LPP) tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir adalah minimum 85% – markah yang diambil kira ialah LPP Tahun 2022, 2023 dan 2024.
  3. Markah LPP tahun terakhir (2024) adalah minimum 85%.
  4. Diperakukan Ketua Jabatan.
  5. Bebas daripada hukuman tatatertib, Ombudsman dan Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) – semakan diuruskan oleh urus setia.
  6. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa – pemohon dikehendaki membuat pengisytiharkan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi EHarta.
  7. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – semakan diuruskan oleh urus setia.

MAKLUMAN PENTING

  1. Permohonan kenaikan pangkat akan dianggap terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu.
  2. Permohonan yang tidak memenuhi syarat–syarat kenaikan pangkat tidak akan diproses.
  3. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.
  4. Pihak Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan calon.
  5. Universiti berhak untuk tidak menaikkan pangkat calon ke jawatan berkenaan jika tiada calon yang layak.

TATACARA PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KE GRED JAWATAN PELAKSANA

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem MyKerjaya@USM dengan melengkapkan maklumat Pengakuan Pemohon.
  2. Pemohon hendaklah mengemaskini perisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi EHarta.

TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) DAN PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK)

  1. Penilaian hendaklah dibuat melalui Sistem MyKerjaya@USM  menggunakan menu Penilaian.
  2. PPP/PPK boleh terus menilai calon apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM
  3. Tarikh  Penilaian Kemajuan Kerjaya oleh PPP/PPK adalah pada 23 September 2025 (Selasa) hingga 15 Oktober 2025 (Rabu).

MAKLUMAN KEPADA KETUA JABATAN (KJ)

  1. Ketua Jabatan akan menerima makluman permohonan kemajuan kerjaya oleh staf Pelaksana selepas PPP dan PPK selesai menilai staf.
  2. Ketua Jabatan boleh terus mengakses borang penilaian PPP dan PPK apabila menerima e-mel makluman daripada sistem MyKerjaya@USM.

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Thursday 02 October 2025.

PENGUNJUNG

Flag Counter