HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 70 TAHUN 2025 - IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF PENTADBIRAN TAHUN 2025 (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemajuan kerjaya bagi staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dibuka mulai 26 Disember 2025 (Jumaat) hingga 29 Januari 2026 (Khamis).

Hebahan Iklan  dan Jawatan Kemajuan Kerjaya yang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut:

 

 

 SYARAT-SYARAT UMUM KENAIKAN PANGKAT

 Syarat-syarat umum untuk proses kenaikan pangkat di USM adalah seperti berikut;

  1. Disahkan dalam perkhidmatan.
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan: markah purata Laporan Penilaian Prestasi (LPP) tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir adalah minimum 85% – markah yang diambil kira ialah LPP Tahun 2022, 2023 dan 2024.
  3. Markah LPP tahun terakhir (2024) adalah minimum 85%.
  4. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
  5. Bebas daripada hukuman tatatertib, Ombudsman dan Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) – semakan diuruskan oleh urus setia.
  6. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa – pemohon dikehendaki membuat pengisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi Eharta.
  7. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – semakan diuruskan oleh urus setia.


MAKLUMAN PENTING

    1. Permohonan kenaikan pangkat akan dianggap terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu.
    2. Permohonan yang tidak memenuhi syarat – syarat kenaikan pangkat tidak akan diproses.
    3. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.
    4. Pihak Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan calon. 
    5. Universiti berhak untuk tidak menaikkan pangkat calon ke jawatan berkenaan jika tiada calon yang layak.


TATACARA PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KE GRED JAWATAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

1.   Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem MyKerjaya@USM dengan melengkapkan Bahagian Inisiatif Berimpak Tinggi, Penilaian Kendiri dan Pengakuan Pemohon.
2.   Pemohon hendaklah mengemaskini perisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi EHarta.


TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP), PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK) DAN KETUA JABATAN (KJ)

1.    Penilai akan menerima e-mel sebagai Pegawai Penilai Pertama (PPP).
2.    Pegawai Penilai Pertama (PPP) perlu mengesahkan Inisiatif Berimpak Tinggi yang diisi oleh pemohon melalui sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.
3.    Pegawai Penilai Pertama (PPP) boleh terus membuat penilaian apabila menerima e-mel makluman daripada sistem MyKerjaya@USM.


MAKLUMAN KEPADA KETUA JABATAN (KJ)

1.    Penilai akan menerima e-mel sebagai Ketua Jabatan (KJ).
2.    Ketua Jabatan (KJ) perlu membuat Penilaian Ketua Jabatan dan Perakuan Kenaikan Pangkat melalui sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian
3.    Ketua Jabatan boleh terus menilai calon apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM.


MAKLUMAN KEPADA KETUA JABATAN (KJ)

1.    Penilai akan menerima e-mel sebagai Ketua Jabatan (KJ).
2.    Ketua Jabatan (KJ) yang juga merupakan Pegawai Penilai Pertama (PPP) perlu mengesahkan Inisiatif Berimpak Tinggi, melengkapkan Penilaian Ketua Jabatan dan Perakuan Kenaikan Pangkat melalui sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.
3.    Penilaian boleh terus dilengkapkan apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM.

 

MAKLUMAN KEPADA KETUA JABATAN (KJ)

1.    Tarikh Penilaian Kemajuan Kerjaya adalah pada 26 Disember 2025 (Jumaat) hingga  5 Februari 2026 (Khamis).

  • Hits: 456

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Friday 26 December 2025.

PENGUNJUNG

Flag Counter