Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato' Seri/Dato'/ Prof./ Prof. Madya/Dr./ Tuan/ Puan,
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar akan mengadakan Taklimat Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA).
3. Sehubungan itu, semua staf dijemput hadir ke sesi taklimat ini yang diadakan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian melalui Webex) seperti butiran berikut:
Tarikh : 16 Mac 2026 (Isnin)
Masa : 2:30 - 5:00 Petang
Tempat : Dewan Persidangan Universiti (DPU)
Sekian, Terima Kasih.
b.p Puan Sarina Binti Razak
Timbalan Pendaftar
- Menjalankan Fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia