HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 24 TAHUN 2026 - IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF PENTADBIRAN TAHUN 2026 (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA)
HEBAHAN IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF PENTADBIRAN TAHUN 2026
- KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- KUMPULAN PELAKSANA
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemajuan kerjaya bagi staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana dibuka mulai 6 Mei 2026 (Rabu) hingga 3 Jun 2026 (Rabu).
Hebahan iklan dan jawatan yang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut:
- Hebahan Pendaftar Bil. 24 Tahun 2026 📁
Iklan Kemajuan Kerjaya Staf Pentadbiran Tahun 2026
- Kumpulan Pengurusan & Profesional
- Kumpulan Pelaksana
- Iklan Kemajuan Kerjaya Tahun 2026
- Kumpulan Pengurusan & Profesional (Lampiran 1- Senarai Jawatan) 📁
- Kumpulan Pelaksana (Lampiran 2- Senarai Jawatan) 📁
SYARAT-SYARAT UMUM KENAIKAN PANGKAT
Syarat-syarat umum untuk proses kenaikan pangkat di USM adalah seperti berikut;
- Disahkan dalam perkhidmatan.
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan: markah purata Laporan Penilaian Prestasi (LPP) tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir adalah minimum 85% – markah yang diambil kira ialah LPP Tahun 2023, 2024 dan 2025.
- Markah LPP tahun terakhir (2025) adalah minimum 85%.
- Diperaku oleh Ketua Jabatan.
- Bebas daripada hukuman tatatertib, Ombudsman dan Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) – semakan diuruskan oleh urus setia.
- Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa – pemohon dikehendaki membuat pengisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi Eharta.
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – semakan diuruskan oleh urus setia.
MAKLUMAN PENTING
1. Permohonan kenaikan pangkat akan dianggap terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu.
2. Permohonan yang tidak memenuhi syarat – syarat kenaikan pangkat tidak akan diproses.
3. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.
4. Pihak Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan calon.
5. Universiti berhak untuk tidak menaikkan pangkat calon ke jawatan berkenaan jika tiada calon yang layak.
PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
TATACARA PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KE GRED JAWATAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem MyKerjaya@USM dengan melengkapkan Bahagian Inisiatif Berimpak Tinggi, Penilaian Kendiri dan Pengakuan Pemohon.
- Pemohon hendaklah mengemaskini perisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi EHarta.
TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP)
- Penilai akan menerima e-mel sebagai Pegawai Penilai Pertama (PPP).
- Pegawai Penilai Pertama (PPP) perlu mengesahkan Inisiatif Berimpak Tinggi yang diisi oleh pemohon melalui sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.
- Pegawai Penilai Pertama (PPP) boleh terus membuat penilaian apabila menerima e-mel makluman daripada sistem MyKerjaya@USM.
TATACARA PENILAIAN OLEH KETUA JABATAN (KJ)
- Penilai akan menerima e-mel sebagai Ketua Jabatan (KJ).
- Ketua Jabatan (KJ) perlu membuat Penilaian Ketua Jabatan dan Perakuan Kenaikan Pangkat melalui sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.
- Penilaian boleh terus dilengkapkan apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM.
TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) & KETUA JABATAN (KJ) (INDIVIDU YANG SAMA)
- Penilai akan menerima e-mel sebagai Ketua Jabatan (KJ).
- Ketua Jabatan (KJ) yang juga merupakan Pegawai Penilai Pertama (PPP) perlu mengesahkan Inisiatif Berimpak Tinggi, melengkapkan Penilaian Ketua Jabatan melalui sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.
- Penilaian boleh terus dilengkapkan apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM.
TARIKH PENILAIAN KEMAJUAN KERJAYA
- Tarikh Penilaian Kemajuan Kerjaya adalah pada 6 Mei 2026 (Rabu) hingga 10 Jun 2026 (Rabu).
PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KUMPULAN PELAKSANA
TATACARA PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KE GRED JAWATAN PELAKSANA
- Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem MyKerjaya@USM dengan melengkapkan maklumat Pengakuan Pemohon.
- Pemohon hendaklah mengemaskini pengisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi Eharta.
TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP)/ PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK)
- Penilaian hendaklah dibuat melalui Sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.
- PPP dan PPK boleh terus menilai calon apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM.
TATACARA PENILAIAN OLEH KETUA JABATAN (KJ)
- Ketua Jabatan akan menerima makluman permohonan kemajuan kerjaya oleh staf Pelaksana selepas PPP dan PPK selesai menilai staf.
- Ketua Jabatan boleh terus mengakses borang penilaian PPP dan PPK apabila menerima e-mel makluman daripada sistem MyKerjaya@USM.
TARIKH PENILAIAN KEMAJUAN KERJAYA
- Tarikh Penilaian Kemajuan Kerjaya adalah pada 6 Mei 2026 (Rabu) hingga 10 Jun 2026 (Rabu).
- Hits: 603