Cuti Belajar Staf Pentadbiran

Kemudahan Cuti Belajar Pentadbiran diperuntukkan kepada staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan Kumpulan Pelaksana bagi tujuan melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Kedoktoran atau Kursus Profesional/Setaraf/Kemahiran dan termasuk Kursus Pos Basik. Kemudahan ini memberi peluang kepada staf menimba ilmu bagi mewujudkan pekerja berpengetahuan tinggi dan memantapkan kepakaran staf dalam bidang berkaitan.

SYARAT UMUM

i.     Telah disahkan dalam jawatan
ii.    Berkhidmat dengan USM sekurang-kurangnya 3 tahun atas jawatan lantik hakiki terkini
iii.   Mencapai kecemerlangan perkhidmatan berdasarkan markah penilaian prestasi tahunan purata sekurang-kurangnya 85% bagi 3 tahun terakhir
iv.   Berumur tidak melebihi 45 tahun untuk mengikuti program di peringkat Diploma/Ijazah Pertama/Sarjana dan tidak melebihi 43 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah
v.    Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan
vi.   Semua calon perlu melalui proses temuduga

 BIDANG PENGAJIAN

i.   Bidang pengajian dan peringkat pengajian yang dipohon perlu selari dengan keperluan pelan penggantian, memenuhi perancangan jabatan dan diluluskan oleh Jawatankuasa  Cuti Belajar Universiti sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa atau masa hadapan Universiti.
ii.   Program pengajian yang dipohon mestilah program yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KATEGORI CUTI BELAJAR PENTADBIRAN

i.    Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa
ii.   Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa
iii.  Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa
iv.  Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Berbiasiswa

PENGECUALIAN YURAN

Staf yang diluluskan Cuti Belajar Pentadbiran di Universiti Sains Malaysia boleh dipertimbangkan kemudahan pengecualian yuran pengajian mengikut peraturan dan kelayakan yang ditetapkan oleh Universiti.

IKATAN PERJANJIAN DAN TUNTUTAN GANTI RUGI 

JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI BIASISWA / HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN
(Berkuatkuasa mulai 2 Julai 2003)

PEGAWAI

TEMPOH IKATAN PERJANJIAN
(TAHUN)

JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI

Kursus
Bukan Profesional

Kursus
Profesional *

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA

Sijil/ Diploma Lepasan Ijazah/ Ijazah Lanjutan

i)    Tempoh pengajian lebih 3 bulan hingga 1 tahun**
ii)    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun
iii)   Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun
iv)   Tempoh pengajian lebih 3 tahun

2

4

5

6

3

5

6

7

Kos Sebenar ****

CUTI BELAJAR LAIN-LAIN KATEGORI

Diploma/ Ijazah Pertama

i)     Tempoh pengajian 4 tahun atau kurang
ii)    Tempoh pengajian lebih dari 4 tahun

4

5

6

7

Kos Sebenar ****

Sijil/ Diploma Lepasan Ijazah/ Ijazah Lanjutan

i)     Tempoh pengajian lebih 3 bulan hingga 1 tahun**
ii)    Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun
iii)   Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun
iv)   Tempoh pengajian lebih 3 tahun

1

2

3

4

2

3

4

5

Kos Sebenar

****

 

*

Kursus Profesional/ Kritikal meliputi kursus-kursus seperti Perubatan dan Pergigian, Kejuruteraan, Senibina, Perakaunan (UK dan Australia) dan Undang-Undang seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dang Pengiktirafan Kelayakan.

**

Tempoh 3 bulan atau kurang tidak dikenakan ikatan perjanjian dan gantirugi.

***

Meliputi Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP Tanpa Biasiswa, Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG), CBSG Tanpa Biasiswa, Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) dengan Biasiswa dan CBTG Tanpa Biasiswa.

****

Kos sebenar merangkumi segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan termasuk segala jenis yuran, elaun dan perbelanjaan tiket kapal terbang (sekiranya ada)

 

HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 57 TAHUN  2023 : PINDAAN SYARAT UKURAN PRESTASI PENGAJIAN BAGI KELAYAKAN PERMOHONAN PENGECUALIAN YURAN PENGAJIAN - PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 

 

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Monday 16 December 2024.

PENGUNJUNG

Flag Counter