Skim Rancangan Pendidikan Tinggi Akademik (RPTKA)

Skim Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (RPTKA) ialah satu skim pembangunan jangka panjang yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan staf akademik yang kelayakan ijazah kedoktoran dan setara dengannya. Skim RPTKA juga membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta melonjakkan penyelidikan dalam kalangan staf akademik melalui bilangan staf akademik yang mempunyai pendidikan tinggi.

Syarat Permohonan

  • Doktor Falsafah
    i.       Lulus Ijazah Sarjana (mod penyelidikan) ATAU Ijazah Sarjana (mod campuran /kerja kursus) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua Tinggi /PNGK 3.0 ke atas.
    ii.      Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 3.0 ke atas.
    iii.     Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    iv.     Warganegara
    v.      Perakuan Ketua Jabatan.
    vi.     Mendapat kecemerlangan perkhidmatan berdasarkan markah Laporan Penilaian Prestasi tahunan 85% ke atas bagi tiga (3) tahun terakhir.
    vii.    Telah disahkan dalam jawatan.
    viii.   Berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun atas jawatan hakiki.
    ix.     Had umur semasa permohonan hendaklah tidak melebihi 43 tahun.
  • Sarjana Kepakaran (Perubatan/Pergigian)
    i.       Mempunyai Ijazah Perubatan yang diiktiraf oleh Universiti seperti M.D., M.B.B.S atau setaraf;
             ATAU
             Mempunyai Ijazah Pergigian yang diiktiraf oleh Universiti seperti B.D.S., D.D.S atau setaraf;
    ii.      Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 3.0 ke atas.
    iii.     Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    iv.     Warganegara
    v.      Perakuan Ketua Jabatan.
    vi.     Dilantik sebagai Pensyarah Pelatih Perubatan/Pergigian Universiti.
    vii.    Had umur semasa permohonan hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
  • Sarjana Sains (Anatomi/Klinikal Anatomi)
    i.       Mempunyai Ijazah Perubatan yang diiktiraf oleh Universiti seperti M.D., M.B.B.S atau setaraf;
    ii.      Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 3.0 ke atas.
    iii.     Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    iv.     Warganegara
    v.      Perakuan Ketua Jabatan
    vi.     Dilantik sebagai Pensyarah Pelatih Perubatan Universiti.
    vii.    Had umur semasa permohonan hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

Sekiranya staf mendapat pembiayaan daripada oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka syarat-syarat pembiayaan KPT adalah terpakai.

Tempat  Pengajian

Tempat pengajian yang dipilih perlu dipersetujui oleh Ketua Jabatan dan memenuhi keperluan perancangan jabatan. Sekiranya staf mendapat penajaan ke luar negara, staf hendaklah memohon pengajian di antara 100 universiti yang terbaik dunia berdasarkan QS World University Ranking atau QS World University Ranking by Subject mengikut tahun permohonan.

Kategori Skim RPTKA

 i.    RPTKA Bergaji Penuh Berbiasiswa
ii.    RPTKA Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa
iii.   RPTKA Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa

 Ikatan Perjanjian Dan Tuntutan Ganti Rugi

 Staf yang tamat pengajian dengan jayanya mempunyai ikatan kontrak dan diwajibkan untuk berkhidmat dengan USM bagi tempoh seperti  berikut:

Mod Pengajian

Tempoh Pengajian

Ikatan Kontrak Perkhidmatan

Ijazah Kedoktoran (Penyelidikan / Mod Campuran)

3 tahun

6 tahun

Ijazah Kedoktoran

4 tahun

7 tahun

Ijazah Sarjana Kepakaran dan Kedoktoran (Penyelidikan)

3 – 4 tahun

7 tahun

Satu (1) tahun pengajian yang ditaja secara sepenuh masa bersamaan dua (2) tahun ikatan kontrak perkhidmatan. Tempoh ikatan perjanjian dan jumlah gantirugi sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian adalah seperti berikut :

 Perkara Tempoh Ikatan Perjanjian  Jumlah Gantirugi 
Cuti Belajar Bergaji Penuh 7 tahun  Kos Sebenar
Cuti Belajar Tanpa Gaji Tiada Tiada

Catatan :

1) Kos Sebenar merangkumi segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti termasuk emolumen, yuran, elaun dan perbelanjaan lain yang berkenaan.

2) Ikatan Perjanjian berkuatkuasa dari tarikh tandatangan dokumen perjanjian. Ikatan kontrak perkhidmatan bermula pada tarikh melapor diri selepas tamat pengajian.

Sekiranya staf tidak menandatangani atau menyempurnakan surat perjanjian dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, maka kelulusan dan tawaran RPTKA dianggap terbatal.

Sekiranya staf masih terikat dengan kontrak perkhidmatan, tempoh ikatan ini hendaklah ditambah dengan ikatan tempoh kontrak perkhidmatan tersebut.

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Monday 16 December 2024.

PENGUNJUNG

Flag Counter