Pasca Kedoktoran Outbound

PROGRAM PASCA KEDOKTORAN (OUTBOUND)

Program Pasca Kedoktoran (Outbound) merupakan satu kemudahan kepada staf akademik yang memperolehi ljazah Kedoktoran sebagai satu galakan kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakarannya dan mengembangkan jaringan penyelidikan dengan kumpulan penyelidik di dalam dan luar negara.

 SYARAT PERMOHONAN

i.      Warganegara Malaysia;
ii      Bebas daripada tindakan tatatertib;
iii.    Telah disahkan dalam jawatan;
iv.    Dalam tempoh lima (5) tahun selepas dilantik sebagai staf akademik;
v.     Diperakukan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan wajib memastikan kelulusan yang diberi tidak menjejaskan perancangan dan perjalanan PTJ;
vi.    Tempoh program sekurang-kurangnya 12 bulan dan tidak melebihi 24 bulan;
vii.   Digalakkan untuk menjalani Program Pasca Kedoktoran di Top 50 University’ (QS WUR- mengikut tahun permohonan) atau institusi penyelidikan yang tersohor di dunia;
viii.  Sekiranya dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka syarat-syarat pembiayaan KPT adalah terpakai.
ix.    Sekiranya dibiayai oleh penaja luar, staf tidak boleh terikat dengan apa-apa ketetapan dengan pihak penaja luar.
x.    Staf mestilah mendapat tawaran daripada universiti/institusi penyelidikan, tempat penyelidikan dijalankan atau daripada agensi lain yang ada kaitan dengan projek penyelidikan yang akan dijalankan.
xi.    Program Pasca Kedoktoran dibenarkan hanya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

KATEGORI PROGRAM

i.     Pasca Kedoktoran Bergaji Penuh
ii.    Pasca Kedoktoran Tanpa Gaji

LAPORAN DAN HASIL DAPATAN PROGRAM

i.     Sepanjang tempoh program, staf dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan setiap enam (6) bulan.

ii     Hasil dapatan daripada Program Pasca Kedoktoran (Outbound):

  • Makalah jurnal yang diterbitkan dan/atau diterima untuk penerbitan dalam jurnal berindeks ISI Web of Science dan/atau Scopus
  • Minimum 2 penerbitan setahun
  • Staf dikehendaki menyatakan nama ‘Universiti Sains Malaysia’ dalam hasil penyelidikan, penerbitan jurnal atau pembentangan kertas kerja di persidangan yang dihasilkan.

IKATAN PERJANJIAN DAN TUNTUTAN GANTI RUGI

Staf dikehendaki menandatangani surat perjanjian Program Pasca Kedoktoran (Outbound) sebagaimana yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, staf akan terikat untuk terus berkhidmat dengan Universiti ini setelah tamat program.

Tempoh ikatan perjanjian dan jumlah ganti rugi sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian adalah seperti berikut :

Kategori Program

Tempoh Ikatan Perjanjian

Jumlah Gantirugi

Program
12 bulan

Program
24 bulan

Pasca Kedoktoran Bergaji Penuh

24 Bulan

48 Bulan

Kos Sebenar

Pasca Kedoktoran Tanpa Gaji

Tiada

Tiada

Tiada

Catatan :

1)      Kos Sebenar merangkumi segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti termasuk emolumen, yuran, elaun dan perbelanjaan lain yang berkenaan.

2)   Ikatan Perjanjian berkuat kuasa dari tarikh tandatangan dokumen Perjanjian. Ikatan kontrak perkhidmatan bermula pada tarikh melapor diri selepas tamat Pasca Kedoktoran (Outbound).

Sekiranya staf tidak menandatangani atau menyempurnakan perjanjian ini dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, maka kelulusan dan tawaran Pasca Kedoktoran dianggap terbatal.

Sekiranya staf masih terikat dengan kontrak perkhidmatan, tempoh ikatan ini hendaklah ditambah dengan ikatan tempoh kontrak perkhidmatan tersebut.

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Monday 16 December 2024.

PENGUNJUNG

Flag Counter