Program Sandaran

Program Sandaran merupakan salah satu daripada program pemantapan kemahiran dan kemampuan kendiri serta peningkatan ilmu pengetahuan setiap staf akademik yang terlibat melalui perkongsian dengan pihak industri / agensi yang berkaitan.

SYARAT PERMOHONAN

i.    Warganegara Malaysia;
ii.   Diperakukan oleh Ketua Jabatan bahawa program penempatan yang bakal diikuti adalah bersesuaian dan terjamin kebolehjayaannya.
iii.  Tempat dan bidang yang disertai diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan serta relevan dengan keperluan PTJ dan Universiti.
iv.  Tempoh program tidak melebihi 2 tahun.

Kategori Program

i.    Program Sandaran Sepenuh Masa Bergaji Penuh
ii.   Program Sandaran Sepenuh Masa Tanpa Gaji
iii.  Program Sandaran Secara Berjadual Bergaji Penuh

PILIHAN PROGRAM

i.    Program Sandaran Akademik
ii.   Program Sandaran Klinikal
iii.  Program Sandaran Industri

LAPORAN DAN PENILAIAN

i.    Sepanjang tempoh program, staf dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan setiap enam (6) bulan.
ii.   Staf dikehendaki mengemukakan laporan lengkap dalam tempoh 14 hari selepas kembali dari program Sandaran.
iii. Staf yang diluluskan Program Sandaran bagi tujuan pengiktirafan Profesional, dikehendaki mengemukakan salinan permohonan yang dihantar kepada mana-mana badan profesional yang berkenaan dalam tempoh maksimum enam (6) bulan. Tempoh tersebut akan dikira selepas tarikh lapor diri semula di USM setelah tamat tempoh yang diluluskan.

IKATAN PERJANJIAN DAN TUNTUTAN GANTI RUGI

Staf dikehendaki menandatangani surat perjanjian Program Sandaran sebagaimana yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, staf akan terikat untuk terus berkhidmat dengan Universiti ini setelah tamat latihannya.

Tempoh ikatan perjanjian dan jumlah ganti rugi adalah seperti berikut:

PILIHAN PROGRAM

Tempoh Ikatan Perjanjian

Jumlah Gantirugi

Program
6 bulan

Program
12 bulan

Program Sandaran Sepenuh Masa Bergaji Penuh

12 Bulan

24 Bulan

Kos Sebenar

Program Sandaran Sepenuh Masa Tanpa Gaji

Tiada

Tiada

Tiada

Program Sandaran Secara Berjadual Bergaji Penuh

12 bulan

24 bulan

Kos Sebenar

Catatan:

1) Kos Sebenar merangkumi segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti termasuk gaji (emolumen), yuran, elaun dan lain-lain perbelanjaan yang berkenaan.

2) Ikatan Perjanjian berkuatkuasa dari tarikh tandatangan dokumen Perjanjian. Ikatan kontrak perkhidmatan bermula pada tarikh melapor diri selepas tamat Program Sandaran.

Sekiranya staf tidak menandatangani atau menyempurnakan perjanjian ini dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, maka kelulusan dan tawaran Program Sandaran akan ditarik balik.

Sekiranya staf masih terikat dengan kontrak perkhidmatan, tempoh ikatan ini hendaklah ditambah dengan ikatan tempoh kontrak perkhidmatan tersebut.

Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Staf, Bahagian Sumber Manusia selewat-lewatnya tiga (3) bulan bagi program di luar negara dan satu (1) bulan bagi program di dalam negara

 

 

 

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Monday 16 December 2024.

PENGUNJUNG

Flag Counter