Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemajuan kerjaya bagi staf Kumpulan Pelaksana dibuka mulai 18 September 2025 (Khamis) hingga 8 Oktober 2025 (Rabu).
Hebahan Iklan dan jawatan yang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT UMUM KENAIKAN PANGKAT
Syarat-syarat umum untuk proses kenaikan pangkat di USM adalah seperti berikut;
- Disahkan dalam perkhidmatan.
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan: markah purata Laporan Penilaian Prestasi (LPP) tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir adalah minimum 85% – markah yang diambil kira ialah LPP Tahun 2022, 2023 dan 2024.
- Markah LPP tahun terakhir (2024) adalah minimum 85%.
- Diperakukan Ketua Jabatan.
- Bebas daripada hukuman tatatertib, Ombudsman dan Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) – semakan diuruskan oleh urus setia.
- Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa – pemohon dikehendaki membuat pengisytiharkan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi EHarta.
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – semakan diuruskan oleh urus setia.
MAKLUMAN PENTING
- Permohonan kenaikan pangkat akan dianggap terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu.
- Permohonan yang tidak memenuhi syarat–syarat kenaikan pangkat tidak akan diproses.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.
- Pihak Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan calon.
- Universiti berhak untuk tidak menaikkan pangkat calon ke jawatan berkenaan jika tiada calon yang layak.
TATACARA PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KE GRED JAWATAN PELAKSANA
- Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem MyKerjaya@USM dengan melengkapkan maklumat Pengakuan Pemohon.
- Pemohon hendaklah mengemaskini perisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi EHarta.
TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) DAN PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK)
- Penilaian hendaklah dibuat melalui Sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.
- PPP/PPK boleh terus menilai calon apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM
- Tarikh Penilaian Kemajuan Kerjaya oleh PPP/PPK adalah pada 18 September 2025 (Khamis) hingga 15 Oktober 2025 (Rabu).
MAKLUMAN KEPADA KETUA JABATAN (KJ)
- Ketua Jabatan akan menerima makluman permohonan kemajuan kerjaya oleh staf Pelaksana selepas PPP dan PPK selesai menilai staf.
- Ketua Jabatan boleh terus mengakses borang penilaian PPP dan PPK apabila menerima e-mel makluman daripada sistem MyKerjaya@USM.